Friday, 20 May 2011

Air Terjun Seri Mahkota, Rompin, Pahang

Pada 15-16 May 2011 yang lalu, aku bersama teman baik ku membuat keputusan untuk mencari aktiviti yang dapat mencabar minda dan ketahanan kami. Sesudah habis berfikir, akhirnya kami bercadang untuk mencari kawasan air terjun yang jarang dikunjungi oleh pelawat dan jarang-jarang namanya didengar. kami pun mulalah mencari maklumat dan akhirnya terjumpa maklumat berkenaan Air Terjun Seri Mahkota di Taman Negara Endau Rompin. 

Pada mulanya aku pun tak mengetahui tentang air terjun ni.Daripada maklumat yang kami dapat, air terjun ini sangat menarik dan yang paling syuk adalah air terjun yang besar dan deras. Memang saat-saat yang amat aku idamkan selama ini.

Selepas perbincangan, akhirnya kami bertekad untuk pergi pada tarikh tersebut. Aku terpaksa ambil cuti sebab kami pergi pada waktu orang sedang bekerja. Inilah cara kami yang tak suka pergi mengembarerjun a ketika hujung minggu sebab banyak sangat orang.

kami memulakan perjalanan ke Rompin, Pahang melalui Segamat Johor. Setibanya di Rompin Pahang, kami bermalam di Chalet yang terletak di pesisir pantai mengadap laut cina selatan. Chalet ni pun tak la mahal sangat dalam RM78 semalam lengkap dengan air cond. Bagi aku OK la tu. Suasana di Chalet ini pun sangat menarik. Tengok saja gambar-gambar di bawah.

Pemandangan dari belakang bilik


Pemandangan ketika waktu petang


Pemandangan indah waktu subuh


Kaunter Chalet


Esok paginya kami bertolak ke dalam hutan belantara Taman Negara Endau Rompin. Aku sangkakan tak la jauh sangat dari jalan besar rupa-rupanya punya la jauh masuk ke dalam hutan. Tapi besyukur dapat juga kami sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat tanpa sebarang masalah. Setibanya di kaki air terjun, sangatlah terpegun dan terkejut aku melihat keindahan ciptaan Allah Yang Maha Esa. Aku bersyukur kerana masih berpeluang melihat keindahan ini.

Air Terjun Seri Mahkota

Betapa indahnya ciptaan Allah

Deru airnya sangat mengujakan

Sangat cantik
Aku tak nak berceloteh panjang sangat, korang tengoklah gambar-gambar ini sebagai panduan kalau-kalau korang nak pergi juga ke sini.

5 comments: