Thursday, 20 October 2011

Kongsi Pengalaman di Universal Studio Singapore

Bermula dengan hanya angan-angan kosong, tak sangka pula angan-angan ini jadi kenyataan. Dulu ketika mengetahui tentang tempat ini, aku mula berangan-angan untuk ke sini. Akhirnya, pada 15hb Oktober 2011 yang lepas, impian ini jadi kenyataan. Berbekalkan sedikit simpanan, sampai juga akhirnya.

Resort World Sentosa
Sememangnya aku rasa puas hati semasa di sini. walaupun mungkin tiket masuk ke sini agak mahal, tapi berbaloi dengan kepuasan yang aku perolehi. Tempat ini tidak jauh sangat bezanya dengan Taman Tema Genting Highland. Apa yang membezakannya hanyalah karektor dan acara yang di pamerkan. Suasana di sini  adalah seperti ala-ala Universal Studio di Hollywood.




Tiket masuk berharga SGD72 lebih kurang RM180...Memang agak mahal.

Pelbagai persembahan tarian dan lakonan dapat di tonton secara live di sini. pengunjung juga dapat menonton bagaimana sesuatu penggambaran di jalankan. Contoh penggambaran ribut taufan, dan anda dapat merasa suasana dan gegaran serta angin yang kuat seperti keadaan sebenar. Memang best.


Bukan itu saja, ada persembahan air beserta lakonan mantap dari pelakon-pelakon. Dalam lakonan ini, termasuk juga adegan tembak menembak dan letupan serta api marak membakar. Sangat menarik dan penonton juga trurt basah kerana terkena limpahan air dari set lakonan.

Tak mahu bercerita panjang lebar. Jadi kepada sesiapa yang berminat pergilah kesana.

Wednesday, 12 October 2011

Jom makan di D'Terrace BBQ & Steamboat

Kebetulan dapat kenaikan gaji, berangan la untuk bawa seluruh keluarga menjamu selera di D'Teracce BBQ & Steamboat yang terletak di Jalan Mohd Amin, Off Jalan Kolam Ayer, Johor Bharu. Tidak susah untuk mencari restoran ini. jika nak lebih mudah, cari saja jalan ini di google map atau guna alat canggih zaman sekarang "GPS" atau dikenali sebagai Global Positioning System.

Restoran ini dibuka bermula jam 5.00pm. Jadi amat sesuai la untuk majlis makan malam. Restoran ini berkongsepkan BBQ & Steamboat. Yang paling best di restoran ini adalah makan secara "Bufet". Pengunjung boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya bayaran RM19.90 dewasa dan RM 8.90 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Banyak sajian makan disediakan seperti seafood, daging ayam & daging lembu yang diperap dengan pelbagai rempah, fishball dan sayur-sayuran. Sup dan Tomyam di retoran ini tidak kurang jugak sedapnya. Rasa tomyam di sini boleh dikatakan seakan-akan rasa tomyam di Secret Resipi. 

Bukan itu saja, pengunjung boleh minta untuk tambah sup atau tomyam mereka jika tidak mencukupi tanpa sebarang caj.jadi anda bolehlah makan sepuas-puasnya.
Baru nak mula memasak



Anda pasti tidak sedar akan masa berlalu ketika di sini. Mana tidaknya, sibuk memasak juadah pilihan sampai tak sedar jiran sebelah. Begitulah suasana di sini. Anda pasti puas.


Antara makanan yang sedang dimasak



Friday, 20 May 2011

Air Terjun Seri Mahkota, Rompin, Pahang

Pada 15-16 May 2011 yang lalu, aku bersama teman baik ku membuat keputusan untuk mencari aktiviti yang dapat mencabar minda dan ketahanan kami. Sesudah habis berfikir, akhirnya kami bercadang untuk mencari kawasan air terjun yang jarang dikunjungi oleh pelawat dan jarang-jarang namanya didengar. kami pun mulalah mencari maklumat dan akhirnya terjumpa maklumat berkenaan Air Terjun Seri Mahkota di Taman Negara Endau Rompin. 

Pada mulanya aku pun tak mengetahui tentang air terjun ni.Daripada maklumat yang kami dapat, air terjun ini sangat menarik dan yang paling syuk adalah air terjun yang besar dan deras. Memang saat-saat yang amat aku idamkan selama ini.

Selepas perbincangan, akhirnya kami bertekad untuk pergi pada tarikh tersebut. Aku terpaksa ambil cuti sebab kami pergi pada waktu orang sedang bekerja. Inilah cara kami yang tak suka pergi mengembarerjun a ketika hujung minggu sebab banyak sangat orang.

kami memulakan perjalanan ke Rompin, Pahang melalui Segamat Johor. Setibanya di Rompin Pahang, kami bermalam di Chalet yang terletak di pesisir pantai mengadap laut cina selatan. Chalet ni pun tak la mahal sangat dalam RM78 semalam lengkap dengan air cond. Bagi aku OK la tu. Suasana di Chalet ini pun sangat menarik. Tengok saja gambar-gambar di bawah.

Pemandangan dari belakang bilik


Pemandangan ketika waktu petang


Pemandangan indah waktu subuh


Kaunter Chalet


Esok paginya kami bertolak ke dalam hutan belantara Taman Negara Endau Rompin. Aku sangkakan tak la jauh sangat dari jalan besar rupa-rupanya punya la jauh masuk ke dalam hutan. Tapi besyukur dapat juga kami sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat tanpa sebarang masalah. Setibanya di kaki air terjun, sangatlah terpegun dan terkejut aku melihat keindahan ciptaan Allah Yang Maha Esa. Aku bersyukur kerana masih berpeluang melihat keindahan ini.

Air Terjun Seri Mahkota

Betapa indahnya ciptaan Allah

Deru airnya sangat mengujakan

Sangat cantik
Aku tak nak berceloteh panjang sangat, korang tengoklah gambar-gambar ini sebagai panduan kalau-kalau korang nak pergi juga ke sini.